Masih ku ingat, betapa aku dimanjakan mama. Aku anak tunggal kala itu. Apa jua kemahuanku akan dituruti. Mama telah memberikan sepenuh kasih dan sayangnya kepada ku. Aku sentiasa dibelai dan diciumnya. Aku anak yang nakal tetapi mama sentiasa bersabar dengan karenahku. Kemana sahaja dituju, aku akan dibawanya. Aku juga tidak mahu ditinggalkan walau sedetik. Aku akan didukung walau kemana, walaupun aku mampu berjalan sendiri. Nakalnya aku, manjanya aku.
Pakai ku sentiasa yang terbaik, sentiasa yang baru. Setiap kali keluar berjalan aku mahu kasut dan sarung kaki yang baru sehingga tidak terkira bilangan kasut dan sarung kaki ku. Baju dan seluar jangan kira lah...Namun mama tetap tunaikan. Nakalnya aku.
Makan ku sentiasa yang terbaik dan lazat. Mama memang pandai masak. Mama memang tahu makanan kegemaran ku. Aku rindu masakannya.
Setiap kali ulang tahun ku, mama akan aturkan sambutan meriah. Aku akan dipakaikan dengan pakaian yang baru. Mama akan sediakan hidangan yang enak untuk dijamu oleh rakan-rakan ku. Aku pula tidak lupa untuk meminta hadiah yang berlainan setiap tahun sehinggakan permainan ku bertimbun.
Masih ku ingat kasih mama tak berbelah bagi. Aku ditatang, dibelai dan dimanjakan. Betapa luhurnya kasih mama... Aku rindukan semua itu.
Selamat Tahun Baru 2022
2 years ago
0 comments:
Post a Comment