BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Masih Ku Ingat

Masih ku ingat, betapa aku dimanjakan mama. Aku anak tunggal kala itu. Apa jua kemahuanku akan dituruti. Mama telah memberikan sepenuh kasih dan sayangnya kepada ku. Aku sentiasa dibelai dan diciumnya. Aku anak yang nakal tetapi mama sentiasa bersabar dengan karenahku.  Kemana sahaja dituju, aku akan dibawanya. Aku juga tidak mahu ditinggalkan walau sedetik. Aku akan didukung walau kemana, walaupun aku mampu berjalan sendiri. Nakalnya aku, manjanya aku.
 
Pakai ku sentiasa yang terbaik, sentiasa yang baru. Setiap kali keluar berjalan aku mahu kasut dan sarung kaki yang baru sehingga tidak terkira bilangan kasut dan sarung kaki ku. Baju dan seluar jangan kira lah...Namun mama tetap tunaikan. Nakalnya aku.

Makan ku sentiasa yang terbaik dan lazat. Mama memang pandai masak. Mama memang tahu makanan kegemaran ku. Aku rindu masakannya.


Setiap kali ulang tahun ku, mama akan aturkan sambutan meriah. Aku akan dipakaikan dengan pakaian yang baru. Mama akan sediakan hidangan yang enak untuk dijamu oleh rakan-rakan ku. Aku pula tidak lupa untuk meminta hadiah yang berlainan setiap tahun sehinggakan permainan ku bertimbun.

Masih ku ingat kasih mama tak berbelah bagi. Aku ditatang, dibelai dan dimanjakan. Betapa luhurnya kasih mama... Aku rindukan semua itu.

Hormati Ibu

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

Surah al-Ahqaf ayat 15

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Surah al-Israk ayat 23-24

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).

Al-Ahkaf ayat 15

“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkan dengan susah payah. Masa mengandung sampai bercerai susu selama tiga puluh bulan dan umurnya mencapai empat puluh tahun , dia berdoa, “Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu, yang telah Engkau redhai yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sunguh, aku termasuk orang muslim.”
(Al-Ahkaf ayat 15)

Al-Israa’ 17: 24

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibu dan ayah) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Al-Israa’ 17: 24)

Sunday, April 18, 2010

Surat Seorang Ibu

IBU

IBU
Dalam hati setiap manusia
ada tempat istimewa
Menjelmanya kasih suci yang tidak ada bandingannya... See more

Kasih ini ku sembah kan padamu
sunggu murni tak berinjak
Andai kata kau tak ada aku merasa tak bahagia

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerah kasih
tiap waktu

Betapa tidak kerna engkaulah
Yang menyinarkan hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Kau tak dapat ku lupa kan
Wahai ibu

Ibu ku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku


Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

~Muhammad Syafiq~

Ingatlah Kepada Ibumu...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

~???~

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

~tinta lughahwi~

Sajak Ibu

Ibu
kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga... 
kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku..
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama
sering mengganggu lenaku yang kini di rantauan orang... 

ibu...
segala nasihat yang kau hamparkan pada ku
kan ku semat kukuh di dasar ingatanku ini..
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji
kan menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku..

ohh ibu kesayangan ku...
semoga nurkasih-NYA sentiasa melingkari perjalanan kehidupanmu...
terima kasih atas pengorbanan dan jerih perihmu membesarkanku...
Dikaulah bidadari kayangan yang bertakhta dihatiku..


Nukilan:  SYAZYRA - Scribd

Saturday, April 3, 2010

Siapa AKU ?

Siapa AKU ?

AKU adalah sesiapa sahaja yang dilahirkan ibu.
AKU adalah anak kepada ayah dan ibu.
AKU adalah benih kasih Ayah dan ibu.
AKU adalah hamba Allah yang dijadikan untuk berbakti kepada ayah dan ibu.
AKU adalah penyambung zuriat.
AKU adalah insan yang sentiasa dahagakan kasih ayah dan ibu.

Siapa AKU?

AKU adalah penyambung kasih.
AKU adalah curahan kasih.
AKU adalah penawar duka.
AKU adalah pelengkap bahagia.
AKU adalah tempat bergantung kasih.
AKU adalah insan yang berbakti kepada ibu.
AKU adalah insan yang sentiasa mengembirakan ibu.
AKU adalah insan yang bertanggungjawab.
AKU adalah insan yang menghargai kasih ibu.
AKU adalah insan yang taat kepada ibu.
AKU adalah insan yang tahu membalas budi.
AKU adalah insan yang Kasihkan ibu.

Benarkah ini AKU ?.....

atau

Mungkinkah.....

AKU tidak mengenal kasih.
AKU tidak mengenang kasih ibu.
AKU tidak mengenang budi.
AKU tidak tahu besarnya kasih ibu.
AKU tidak bertanggungjawab.
AKU tidak menghargai kasih ibu.
AKU tidak berbakti kepada ibu.
AKU tidak tahu menjaga hati ibu.
AKU sering menghampakan ibu.
AKU sering menyakitkan hati ibu.
AKU sering melawan ibu.
AKU sering membuatkan ibu menangis.
AKU sering mengguris hati ibu.
AKU DURHAKA kepada ibu.

Siapakah AKU? ...... Adakah ini benar AKU? .... Atau. .... Mungkinkah ini AKU? .....

Maafkan AKU ibu ........Ampunkan AKU ibu .....

Sesungguhnya ibu adalah segalanya buat ku. Walau aku tidak mampu menyatakan di hadapan mu.

AKU merindui mu ibu.