BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 31, 2011

Saksi dan sematkan di hati sanubari.

Saturday, February 5, 2011

Kembali lagi

Lama benar aku tidak mengunjungi blog ini. Kesibukan yang teramat membuatkan aku tidak sempat untuk ke sini. Namun bukan bermakna aku tidak mengingatinya. Sekarang jam menunjukkan pukul 8.37 mlm di Toulouse, Perancis. Bila aku melihat gambar mama yg di poskan ke laman FB, membuatkan hatiku tersentuh. Tetiba rinduku tak dapat ku bendung. mataku menumpahkan air jernih yang lama aku bendung.... rindunya aku pada mama, abah dan keluargaku yang lain.

Tiada siapa yang tahu betapa beratnya hati untuk aku pergi merantau jauh, namun inilah impian ku sejak dari dulu, di samping tanggungjawab ku untuk menggalas amanah yang diberi. Kalaulah peluang ini aku peroleh dari dulu, pastinya aku akan membawa abah dan mama bersama. Inyaallah andainya ada kemampuan ku nanti, akan ku jemput abah kemari. Mama.... hajatku tak kesampaian. Belum pun sempat aku.... mama telah pergi dahulu. Hanya doa yang dapat aku bekalkan setiap hari. Walaupun mama tiada di sisi, namun mama sentiasa di hati walau kemana aku pergi.

Setiap kali aku kunjungi blog ini, pasti aku sedu dan menumpahkan air mata. Menjadikan aku lemah. Keegoan ku layu. Hati ku sayu. Rindunya aku...

Saturday, December 4, 2010

Selamat Tinggal


Aku pergi hanya sementara. Andai ada keizinan Nya kita kita pasti bersua.

Thursday, November 4, 2010

Merantau Jauh

Kini membilang hari, tak lama lagi aku dan keluarga akan merantau jauh ke negeri orang. Merantau untuk menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Ayah dan sanak saudara akan ku tinggalkan buat tempoh yang lama. Pusara ibu menjadi jauh untuk ku ziarahi selalu. Walau berat untuk ku tinggalkan namun aku terpaksa.

Ku panjatkan doa kehadrat ilahi buat semua yang ku tinggalkan, semoga sentiasa dilindungiNYA. Ku pohonkan ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki ke atas segala kesilapan dan keterlanjuran perbuatan dan kata seandainya telah aku lakukan selama ini. Semoga dihalalkan segala yang termakan dan minum.

Selamat tinggal semua. Semoga hubungan akan terus mekar walau dengan cara apapun kelak.

Wassalam.

Tuesday, September 28, 2010

Aidil Fitri 2010




Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin,
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Inilah raya pertamaku tanpa mama yang sangat ku sayangi. Namun begitu mama sentiasa di hati.

Abah menjadi penawar hati. Walau hiba, aku bersyukur masih punya abah yang sentiasa aku sayangi. Isteri, anak-anak dan seluruh keluargaku berkongsi rasa.




Aidil Fitri tahun ini kami sambut dengan sederhana. Walau tidak semeriah dahulu namun berbekas di hati.




Pusara mama kami lawati. Bacaan Yassin dan doa kami iringi. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkan mama bersama-sama kekasihNya.



Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & batin

Friday, September 3, 2010

Syawal bakal menjelma

Kini syawal bakal menjelma setelah hampir sepurnama berpuasa.
Berbeza sungguh tahun ini  berpuasa tanpa mama.
Ku rasakan syawal yNg bakal menjelma, juga begitu.
Namun aku redha. Hanya doa yang dapat ku hadiahkan buat mama.
Tahun ini adalah ramadhan dan syawal yang pertama tanpa mama.
Tapi aku bersyukur masih ada ayah dan keluarga yang dapat menyambutnya.
Ingin ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi di atas segala ketentuannya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mama.
Semoga Allah sentiasa membukakan pintu syurga buat mama.
Semoga mama di tempatkan bersama-sama kekasih-kekasih Allah yang terdahulu.
Amin.

Saturday, August 21, 2010

   Selamat Berpuasa   

Tahun ini aku berpuasa tanpa mama. Aku masih bersyukur kerana masih ada ayah untuk menyambut ramadhan bersama ku. Kenangan berbuasa bersama mama & abah tidak akan dapat ku lupakan. Sungguh bermakna dan berharga.




Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak